Tengok Jari Anda

Rahsia Jari Anda

Cuba perhatikan jari anda. Genggam kuat2 dan angkat ke atas. Laungkan..."Allahu Akhbar" sekuat-kuatnya. Itulah rukun Islam yg wajib dujunjung. Luruskan ia kehadapandlm keadaan terbuka. Renung dalam-dalam... Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula jari kelingking yg kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan brmula drpd kecil dan besar dan terus membesar.  Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa shj yg dilakukan mesti brmula dr kecil, bak kata pepatah, "Melentur buluh biarlah dr rebungnya". kegagalan mendidik di usia ini memberi impak yg besar pd masa hadapan.

Naikkan kpd jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dgn usia remaja. Manisnya spt jari yg comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dgn sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda??

Nah... naikkan kpd jari ketiga. Jari yg paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yg datang menggoda. Hanti hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih ke jari telunjuk. Jari inilah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamlah kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada ditahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kpd generasi baru dan pembimbing yg kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kpd orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia jari anda.

Post a Comment